JOHOR SELATAN
Wilayah SJER meliputi 221,634 hektar yang merentasi bandar raya Johor Baharu, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sebelah timur, Kulai di utara dan Mukim. Serkat, Pontian di sebelah barat dengan membabitkan lima pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Banda Raya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT), Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG); Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Daerah Pontian.
Followers
Wednesday, September 12, 2012
Friday, November 03, 2006

Halim Din:
Dua Pusat Zon Akses Bebas Dicadang Diwujud Dalam Kawasan SJER
JOHOR BAHARU, 2 Nov (Bernama) -- Dua lokasi Zon Akses Bebas yang membenarkan pergerakan keluar masuk rakyat asing tanpa menggunakan pasport dicadang diwujudkan di Johor bagi membantu pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER).Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (Upen), Mohd Noorazam Osman berkata Zon Akses Bebas berkenaan dijangka diwujudkan di pusat bandaraya Johor Baharu dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua) bertujuan memudahkan rakyat asing khususnya warga Singapura memasuki negara ini tanpa membawa dokumen perjalanan."Dua zon ini merupakan cadangan utama yang dibuat Khazanah Nasional Berhad bagi membantu membangunkan SJER," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat dengan media mengenai Pelan Induk Pembangunan SJER, di sini, Khamis.Namun katanya, cadangan ini masih belum diputuskan dan ia dikemukakan menerusi Pelan Induk Pembangunan SJER yang bertujuan memudahkan warga Singapura yang tinggal di negara ini memasuki negara selain membantu meningkatkan industri pelancongan.Pelan Induk Pembangunan SJER itu akan dilancarkan Sultan Johor, Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan turut menghadiri majlis pelancaran berkenaan di Danga Bay, Sabtu ini.Wilayah SJER meliputi 221,634 hektar yang merentasi bandar raya Johor Baharu, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sebelah timur, Kulai di utara dan Mukim.Serkat, Pontian di sebelah barat dengan membabitkan lima pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Banda Raya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT), Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG); Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Daerah Pontian.Mohd Noorazam berkata, seluruh kawasan zon berkenaan akan dilengkapi dengan sistem keselamatan termasuk sistem pemantauan di semua tempat awam dan mereka yang tinggal dalam lingkungan zon tersebut juga dicadangkan supaya menggunakan satu mekanisme seperti kad pintar bagi melancarkan pergerakan.Dalam pada itu, beliau berkata bagi membangunkan SJER, Pihak Berkuasa Selatan Johor (SJA) akan diwujudkan dan akan diumumkan selepas dibentangkan di parlimen hujung tahun ini.Katanya, SJA akan bertanggungjawab sebagai badan penyelaras bersepadu bagi semua jabatan dan agensi kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah satu bumbung selain merangka pembangunan secara bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri."Setakat ini kita cadangkan ianya dikenali sebagai SJA dan kita juga masih belum mengetahui siapa yang menganggotainya. Selain melihat tanggungjawab sosial ianya juga berfungsi memastikan SJER tercapai," katanya.Katanya, apabila ditubuhkan kelak, semua pelabur yang ingin melabur di dalam kawasan SJER juga perlu membuat permohonan pelaburan dari pihak tersebut.-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)